Tuesday 8 October 2013

Kembali Bergelar Pelajar

ASSALAMUALAIKUM.

Alhamdulillah. Sedar tak sedar dah nak dekat sebulan aku bergelar sebagai seorang pelajar ijazah di UiTM Shah Alam ni. Banyak benda baru aku belajar, banyak benda baru aku discover, banyak ragam manusia aku jumpa. Tapi semua tu adalah sebahagian dari pengalaman la. Baru aku tahu macam mana rasa hidup di perantauan. Cewaahh ini baru kat Shah Alam azam oi, bukan kat overseas lagi, cerita nak gah je kan. K.


With Nurul Izzati Husna time my family nak hantar aku ke Shah Alam.

So sebagai seorang pelajar, mesti lah ada assignments, segala bagai tu kan. So here is one of my assignment for english subject : Annoying things in UiTM Shah Alam campus. It's an essay, which will summarize all I think about Shah Alam campus sepangjang aku stay sini. Takyah penat penat aku nak tulis lagi dah. Haha. 

So here it is;

     “Shah Alam campus is going to be fascinating and interesting”. That is what I thought the first time I got here. I’ve wanted to go to UiTM Shah Alam campus since diploma. Because here I thought life could be more challenging and adventurous. I went to Arau campus and it was not really adventurous since my hometown is in Alor Setar, which I can go home anytime I want regularly. But here, i'm away from my family, so I have to try to learn how to do things and solve things on my own, I have to try to be very independent which at first I thought it could be fun. But then I realize it is kind of hard when I have to deal with a lot of things here that involves my family. I admit that it took me a while to settle into this new environment.

     The first day I arrived here at the university, I was extremely thrilled by the environment, the buildings, the landscapes and the peoples, but at the first sight of my dormitory, something disappoint me a little. The lavatory is old fashion, and a bit small. The lighting is not good which makes it looks so dull, dark, and creepy. It doesn't meet my expectation, which I thought it was going to be out of the ordinary. So I was a bit frustrated about that.

    The next thing that annoys me here is the size of the classroom and the capacity of it. The classroom is very small. My group has about 33 to 37 students but all the classes around the block can only fit like 25 to 30 students. So every time we have class, some of us who arrive late will have to find their own chair in another classroom and have to sit without a table, or maybe share a table with their friend. It is never good to study like this because we cannot have a proper focus and we all know that it is not comfortable to study like that. This situation is not good for both the students and lecturers and I’m not happy about it.

      Furthermore, the class is not occupied by an air conditioning system. Just imagine how we are supposed to study properly, with a large number of students, sitting in a small room, unoccupied with an air conditioning system ? It‘s very uncomfortable ! Even the big lecture hall didn't have air conditioning ! I was so frustrated. And here I thought Shah Alam campus is more developed and advanced compared to the other campuses. But obviously I’m wrong.

    And the last thing is about the free wifi that is provided by this university. It is not convenient. It is extremely slow, that I can hardly connect to a simple website such as facebook and twitter. I am concern about this because it’s going to cause me problems when I want to do researches and assignments, which need to be done effectively by the use of internet. I think the inconvenience of this free wifi is not a good thing for not only me, but most of the students here.

     There’s a lot more annoying things happens here, but try to think it positively, every places have their own uniqueness and nature. I know the university is trying to develop more and more and I have to admire them all for that. Of course it will cost me a lot of time to adapt to this new environment. However, I've also got a few friends which I know they will help me to go through all this, and that goes to the things I love about this campus – to be around with my friends.

THE END. 

See you next time. In Syaa Allah. Assalamualaikum. 

Kerja oh Kerja !

ASSALAMUALAIKUM

Soalan yang paling femes yang akan ditanya bila seseorang tu dah tamat diploma : 


"Apa plan kau lepas ni ?"

Lalu si polan si polan pun menjawab :

    Si Polan A : "Awek aku dah tunggu lama dah wey. Apa lagi nak kahwin arr."

    Si Polan B : "Mesti la nak cari kerja beb. Cari duit."

    Si Polan C : "Mesti ar nak sambung Degree. Pastu sambung Master pulak. Then 
                      PhD lagi."

Kemain si polan C, tinggi sangat cita cita kann. Haha. Yang si polan A tu agak gatai. Tapi hakikatnya memang kebanyakan yang plan nak kahwin pun. Lepastu memacam la sinetron, samarinda, akasia, and drama2 lain yang berlaku pada masa tu. Family tak restu la, cinta terpaksa la, mentua jahat la, mati terbakar la, masalah duit la, cinta sejenis la. Eh ? K. Yang penting kalau ada jodoh tak kemana. Jangan nak berdrama sangat. 

Aku pulak ? Mesti la nak sambung degree. Sebab aku ni jenis yang suka belajar dan cepat mempelajari. Wah wah ada berbaur takbur disitu. Tapi memang betul pun. Aku suka dengan suasana belajar (even though dalam lecture pun kenkadang mengantuk jugak. heee). Kalau boleh seumur hidup nak belajar je. Taknak kerja. Haha. Lebih lebih pulak kan kau ni azam. Habis tu sapa nak support hidup kau tu kalau kau taknak kerja ? -.-"

So selepas lebih kurang sebulan menggolek golek, mengguling guling, pusing pusing, memalaskan diri dirumah lepas habis diploma, baru lah spirit nak cari kerja tu datang. Gila sangat tak produktif ok setiap hari aku. Aku dah serik. Target aku yang first sekali nak cari dekat Jefferson di Pacific. Sebab dekat alor setar, butik tu je yang aku rasa best, lagipun aku suka lipat2 baju, susun baju, pakaikan baju kat mannequin segala and boleh gak golek2 dengan baju2 kat situ kan. Motif ? Bahaha.

*Sampai dekat Jefferson*
 Perbualan dengan akak cashier :


   Aku : "Assalamualaikum kak, ada kerja kosong tak kat sini ?"
   Akak cashier : "Oh sori dik, kami sekarang cari pekerja perempuan je, sebab lelaki 

                         dah ramai."

Omaigod, omaigod, takleh jadi ni, takleh jadi ni, nak je aku capai memana rambut palsu kat kedai sebelah, takpun beli tudung, pakai, then try tanya akak tu balik. Kecewa ok kecewa. Aku pon buat muka sedih, pastu tanya lagi :


   Aku : "Alaa alaa ala. Boleh la kak, boleh la kak, saya sorang je pun. Tak kan akak 

            taknak amek lelaki yang sehensem saya ni ? *duckface*"
   Akak cashier : *gelak sekuat hati sambil hehentak tangan kat meja kaunter*

Riak ok riak. Siap buat duckface tu yang takleh blah. Yang akak cashier tu pun satu hal, gelak siap nak hehentak tangan lagi. Biadap k biadap. Nak je aku hentak muka dia dengan meja kaunter kat situ. Berderai seribu muka tu baru kau tahu padahnya gelakkan aku. Lepas dia insist yang dia taknak ambil aku kerja, terus blah, kang memacam benda aku rasa nak capai pergi baling kat dia. Geram. K.


Nak dipendekkan cerita, banyak jugak tempat aku menjelajah pergi cari kerja ni. Pasal gaji aku tak kisah sangat. Setakat 6 7 ratus tu boleh la kan. Sape je aku nak tanggung pon. Aku, and mama aku. Yang jadi hal bila ramai yang kata "Ok takpa, nanti bila ada kosong kami panggil ok ?" tapi tunggu punya tunggu tak ada yang call jugak. 

Final straw aku adalah kat stesen minyak Petron. One of my cousin suggest pergi mintak kat sana. Masa tu Petron masih lagi dalam proses renovation, tukar dari Esso ke Petron. So agak ada harapan dekat situ sebab mestilah diorang nak pakai orang baru. Dengan berbekalkan hati yang cekal dan tabah. Maka pergi lah aku meraih simpati agar dapat diambil bekerja. 


2 minggu lepas tu baru lah dapat call dari tauke Petron suruh datang jumpa. Yeah, finally. So dapat lah kerja sebagai pump attendance, dan juga cashier tatkala emergency. Haha. Boleh la jugak support diri aku and my mama for temporary. 

Kerja dekat sini, memang berbagai ragam manusia kau akan jumpa. Itu pun nasib baik aku jadi pump attendance je, suruh pergi bayar dekat kaunter, then tolong isikan minyak kat diorang. Tu je. Kalau jadi cashier memang memacam la customer akan membebel dekat kau. Lambat lah apa lahh. Fuhhh, memang tak la aku nak melayan semua tuhh. Sebab tu aku jadi cashier ganti je, time cashier nak makan or rehat, aku ganti la kejap. 

Syukur sebab sepanjang aku kerja, jarang berlaku masalah masalah besar sepeti customer mengamuk dan bertindak meletupkan stesen minyak atau sebagainya. ALHAMDULILLAH.

That's all for this entry. Thanks for reading ! See you again next time :)

p/s : tak sabar tunggu result kemasukan degree nanti ! :D

Saturday 29 June 2013

The Best Mashup

ASSALAMUALAIKUM.

Gua suka dengar lagu. Kalau tak dengar lagu satu hari gua boleh jadi tak tentu arah tahu. Lagu jenis apa yang gua dengar tu jangan nak persoal, pertikai dan memacam. Tapi yang penting gua happy bila gua dapat dengar lagu ok. Kalau most of lelaki suka hisap rokok untuk menghilangkan boring, release tension segala, aku kalau boleh dengar lagu, hati aku dah cukup gembira dah. Takyah nak menjejaskan kesihatan pun. Iklan sangat kan. K.

Aku pernah jugak dah rasa jemu bila dah berminggu minggu dok dengar lagu yang sama berulang ulang kali. So nak dijadikan cerita, tetiba hati aku rasa terdetik nak search lagu lagu mashup. Cewahh hati, kau tak payah nak berdetik sangat la kan. Oleh kerana detik yang tak berhenti henti, aku pun search la kat Youtube satu mashup yang boleh buat aku tak jemu dengar kekononnya. 

Then terjumpa lah satu mashup yang agak oshem jugak. Bukan calang2 mashup ni taw. Dia gabung about 50+ from the many hit songs ok. Haaaa. So here's the video.


Mashup ni sesuatu yang best. Instead of dengar satu lagu berulang ulang kali, baik dengar banyak2 sekaligus. Mashup ni aku dah boleh dengar as the whole new song. I can even remember what songs comes after each one. Kira macam kau dengar satu lagu yang lain, with all the mixed lyrics, for me it's spectacular. And boleh dikatakan orang yang buat mashup ni pun tersangat lah oshem. Kreatif gila ok. Wahhh wahh wahh. Hati ni dah berbunga ok bila jumpa mashup ni. Siap boleh buat satu taman lagi kat dalam ni. K.

Daniel Kim. Pemilik asal mashup ni. Oshem kan dia ?
Kesimpulannya, aku sangat suka dengar mashup yang macam ni, not that remix version yang bising bising and semak semak kepala dan jiwa raga tu ok. Yang ni nak dengar pun sedap. Hati pun rasa gembira. Gituu. Jiwang sangat dah kenapa kau kan.

So setakat tu je lah enty kali ni. Takdak idea nak update story apa lagi dah ni. Perhaps one of my vacation my with friends in UiTM ? Haha nantikan jelah ok. That's it then. Assalamualaikum.

Tuesday 30 April 2013

Prank !

ASSALAMUALAIKUM.

Pada malam yang indah, tenang, sejuk dengan angin hujan sesepoi bahasa meniup ke arah muka aku, dingin, dan nyaman ini, hendak lah aku men'share' satu video dengan korang. Giteww. Novel sangat ayat kann. Novel pon kalah tahu. Kalau cikgu BM aku baca ni tak ke  satu penyepak yang dia bagi kat aku. Takde pulak aku pernah dengar perkataan sesepoi dengan men'share' tu kan. Suka suka hati nak buat perkataan sendiri. Pepandai je la kau faham.

Oleh kerana tak ada pekerjaan dirumah, hati ni meronta ronta nak mengupdate blog jugak. Gedik kan kau hati. Nak meronta ronta pulak kat aku. Ishh. Dah takde benda nak ditulis pon sebenarnya. Tapi oleh kerana tahap kegedikan yang sikit lagi nak mencapai tahap maksimum, aku gigihkan jugak la diri untuk update entri kali ni. Apa yang best tah la. Nak share satu video je pon. Bebel je pulak lebih kan. Gigih k gigih. 

Petang tadi, tengah aku  menggodek godek facebook melihat aksi aksi manusia di alam cyber yang fana dan takda faedah ni, terjumpa lah satu video ni pasal PRANK dari negara barat. Banyak je sebenarnya video lain yang orang share kat facebook tu. Tapi tak pernah tengok. Tetiba yang ni macam menarik je. So aku buka la. Since aku tak buat apa kat rumah kan, online je kerja aku, kalau tak dibuka facebook, buka twitter, tutup twitter, buka facebook balik, dan begitu lah seterusnya. Sedih dak kisah hidup aku ? *buat muka duckface mintak doposen sambil guling guling atas meja*. K kalau nak bunuh aku pon dah boleh dah ni. Mengada sangat kan. Kesah pulak kau. Kalau nak cerita kehidupan aku dekat rumah ni memang boleh menangis korang nanti, sebab tersangat laahhhhhh bosan. *long sigh*. Menangis sebab bosan ? Okay tak lawak.

So pasal video tadi, ni dia. Kalau rajin tengok la video ni. Eh kena rajin tengok jugak. Tak kira tak kira.


Aku tak tengok habis pun video ni. Tengok dua tiga orang je yang kena, then terus tutup. Habis keluar dah segala jenis fluid dalam badan aku ni sebab tergelak kaw2 punya sakan, segala hingus, air mata, peluh mak nenek semua keluar tahu. Tinggal tak tercirit sikit je lagi. Cerita nak over je kan. K.

Takpa. Pasal video ni. Nak cerita kerja orang barat cenggini la. Yang genius tu memang la buat something yang bermanfaat untuk kita kann. Tapi yang tak berapa nak genius tu ? Yang macam takde arah tuju dalam hidup tu ? Hah ni la yang diorang buat. Haha. Suka suka hati aku je nak ngutuk diorang kan. Pedulik la. 

Nak nak diorang ni kalau buat prank, memang hardcore gila. Takde nak bagi terkejut sikit sikit lemau lemau cekodok dah. Sekali buat memang terperanjat beruk orang tu, kalau beruk tengok dia pon serba salah nak mengaku beruk lagi ke tak. Lawak k lawak *gelak sensorang*. Macam video ni. Siapa yang tak terkejut kalau dalam lif sensorang dengan keranda tetiba mayat tu boleh bergerak ? Maw dia terkinja kinja tercirit hijau bersepah sepah kat dalam lif tu, terus mati. Hah. Sapa susah ? Sapa nak bertanggungjawab ? Sebab tu aku cakap prank diorang ni hardcore. Sampai ada yang menangis lagi tu. Kesian jugak kat diorang ni. Dah tak pasal pasal trauma nak naik lif. 



Agak agak kat Malaysia ada tak prank yang macam ni eh ? Atau yang lagi teruk ? Kalau ada mohon share. Aku ni bukan rajin sangat nak search search benda merepek segala tu. Ni pon sebab ada member yang share kat facebook. Haha.

Ok cukup dah merepek. Sapa yang annoying tengok aku merepek sensorang ni boleh pergi sekarang. Dah habis dah. Sorry kalau bahasa yang digunakan tak menyenangkan hati anda k. Hahaha.

See you around again. Assalamualaikum.

*Tengah dok syok syok hadap laptop untuk update entri ni kan, tetiba ada nyamuk hinggap masuk terus masuk lobang hidung aku. Biadap punya nyamuk. Suka suka hati hengkau nak masuk tanpa keizinan aku kan. Motif aku bagitahu benda ni ?! Kbai.*

Monday 29 April 2013

Solat Dhuha.

Assalamualaikum.

*Dush* Satu hentakan bantal hinggap di muka aku. Agak kuat. Ternganga aku sebentar. Mana tak nganga. Baru sedar dari tidur dah kena hempuk dengan bantal. "Matahari dah mencanak kat atas kepala pon tak reti nak bangun lagi !? Bangun cepat !" Lebih kurang macam tu bebelan Mama aku setiap hari. Memang tak kenang budi punya anak kan. Sedap2 je kau tidur sampai tengahari rembang cenggini sedangkan mak kau gigih masak dan sebagainya. Haha. Agak2 kalau cikgu BM aku baca boleh dapat A dak karangan ni. K thanks to cikgu BM. Motif aku buat karangan ni ?! 

K perenggan pertama tak dak kena mengena dengan solat Dhuha.
Bukannya selalu pon aku bangun lambat. Kadang2 tu je terlajak sikit. Dah kena bising. Orang cakap bangun  lambat ni rezeki tak masuk. Sebab tu Mak aku bising haa. Dan satu lagi dia selalu pesan suruh buat solat Dhuha. Tapi tak pernah buat. Ni yang orang cakap anak derhaka. *sembunyi celah lubang arnab* Haha. Sebab aku ni jenis yang tak reti2 nak bangun awal. Susah sikit la. Pasal subuh kau jangan tanya buat ka tidak. Aku lempang lelaju kang. K nampak sangat tak senonoh. 

Sepanjang cuti ni memang aku dah sedar diri sikit. Niat tu ada untuk bangun awal untuk solat Subuh, solat Dhuha segala tu. Tapi entah kenapa macam susah sangat nak bangun. Kadang2 terjaga, tapi boleh pulak sambung tidur balik macam tu je. Bisikan syaiton lahanat la tu. Ciss. 

Beberapa hari lepas kot baru lah macam boleh terbiasa bangun awal ni. Alhamdulillah.

Ok banyak pulak aku bebel. berbalik kepada tajuk entri di atas. Aku nak cerita pasal kelebihan solat Dhuha ni. 

Kita mula dengan sabda Rasulullah S.A.W ni :
”Rasullullah S.A.W bersabda: Hendaklah masing masing kamu untuk setiap pagi   bersedekah untuk setiap persendian/ruas tulang dadanya, dan setiap bertasbih  adalah sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud)
Maksudnya dekat sini, setiap hari kalau kita bertasbih, bertahmid, bertakbir, melarang dari melakukan perbuatan jahat dan sebagainya, itu dianggap sedekah. Kalau kita melakukan solat Dhuha, ianya akan dianggap menggantikan semua amalan tersebut. Maksudnya pahala kita buat solat Dhuha ni sama macam kita melakukan semua amalan yang dikira sedekah pada hari tersebut. Haaa banyak kan. Sebab itu la orang cakap buat solat Dhuha ni murah rezeki. Yelah. Mana tak murah rezeki, sebab amalan ni dianggap sedekah, dan bila kita sedekah, murah la rezeki kita. 
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dan lagi satu kebaikan solat Dhuha ni ialah :
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: 
“ Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik).
“ Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Hadis yang pertama tu menjelaskan kita seeloknya membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali pada rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas 10 kali pada rakaat kedua. InsyaAllah kita akan mendapat keredhaan Allah. 

Hadis kedua pulak menggalakkan kita supaya melakukan solat Dhuha ni secara terus menerus atau secara harian. Bila kita menjaga solat Dhuha kita seperti mana kita menjaga solat 5 waktu, maka InsyaAllah akan di ampunkan dosa kita walau pun sebanyak mana pun.

Solat sunat Dhuha ni dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi macam tu).

Dan solat sunat Dhuha ni dilakukan sekurang kurang nya sebanyak 2 rakaat. Boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam. Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata :
“Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Kalau dapat buat 12 rakaat lagi besar ganjarannya.

Doa yang dikhususkan untuk solat Dhuha pula ialah :

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.”
Daripada hadis2 yang aku letak diatas tadi, ia jelas menunjukkan betapa besarnya keutamaan solat Dhuha ni, betapa tinggi kedudukannya serta betapa kerasnya syariat untuk melakukannya. Dua rakaat solat Dhuha dapat menggantikan tiga ratus enam puluh kali sedekah. Jadi kita amat digalakkan untuk melakukan solat Dhuha ni. 

Kalau boleh cuba amalkan solat Dhuha ni setiap hari. Macam mana kita jaga solat 5 waktu, macam tu kita jaga solat Dhuha. InsyaAllah akan dilimpahkan dalam kehidupan kita dengan rezeki Allah yang tak terkira banyaknya bahkan dari sumber yang tidak disangka sangka. Allah akan melimpahkan nikmat kepada kita, dan berkatNya seperti yang terkandung dalam solat sunat Dhuha tersebut.

So sekarang ni aku cuba untuk mengamalkan solat Dhuha ni. Mana lah tahu ada rezeki nak jugak aku merasa pakai kereta2 besar, kereta mewah, rumah bungalow 8 tingkat ke kalau boleh. Hah kau melampau gila mengalahkan rumah Datuk Yusof Haslam dah. 

InsyaAllah. Rezeki ada di mana mana. Rezeki Allah luas. Tak terkira. Kita kena lah usaha untuk mendapatkannya. Bukan cakap nak kejar dunia semata mata k. Hidup ni kan sementara. Takkan la tak nak merasa hidup senang. Dah senang nanti jangan la lupa Allah pulak. Kena la panah petir kau nanti. Takpun kena lambung masuk gaung ke. Hah. Dah sia sia. Jangan macam tu okay jangan.




Sia sia lah hidup tanpa keberkatan dan keredhaanNya.

Faham ?

Ok lah. Jumpa lagi di entri yang akan datang. InsyaAllah :)

Till then. Assalamualaikum.

Sunday 28 April 2013

[RECAP] First Hangout to Kangar.



Semester 2. Aku beralih arah, aku tukar group. K skema gila ayat. Aku masuk group D. Time ni aku kenal Adi, Muiz, dan Wan. Diorang la yang convince aku untuk tukar group. Mungkin sebab dah boleh ngam dengan diorang ni kot. Haha. 

Yang paling penting, time ni aku dah tak skema sangat dah ! Haha. Pergi kelas takde nak pakai seluar slack hari2 dah. Gila kau nak kena cop skema lagi ? Dah semester 2 kot. Berlagak senior macam dah 8 semester kat situ. K tak lawak. Tuck in pun tak setiap masa dah. Kenkadang hari isnin pakai formal tapi tak pakai tie. Pakguard usha tak puas hati je. Macam nampak satu makhluk lahanat cenggitu. Lantak kau la pakguard. Kalau dia sound aku, aku sound dia balik ! *flip hair* Hah.. Samseng dak aku ? Okay yang ni tipu.


Dan dalam sem 2 jugak lah aku kenal Ain, Miza dan Diana. Sebab diorang ni group D jugak. First hangout kitorang ke Kangar. Lunch di Secret Recipe and lepas tu pergi main bowling. Time ni aku ingat lagi aku belanja Diana kek Chocolate Indulgence. Bukan main suka dia. Favorite dia la tu. Baik kan aku ? K puji diri sendiri.


Time ni Muiz tak ikut. Roomate aku, Tuan, ganti dia. Group D jugak.



Time ni la kitorang mengenali diri masing2 dengan lebih dekat. Cewaahh. Tak payah nak skema sangat ayat. Memang dah jadi satu geng dah kami time ni. Kemana mana pon always together giteeww. 



Ok that's it I guess. Kang bebel panjang2 annoying pulak korang kan.

See you around next time.



Till then. Assalamualaikum :)

[RECAP] Semester 1 = SKEMA !

Kalau nak di ingat balik semester pertama aku dekat UiTM Arau memang aku sangat skema. Serious aku cakap. Muka masa tu, tak payah cakap ah, memang innocent gila. Jumpa abam2 senior pun tunduk bagi salam lagi. Bagus kan ? K perasan. 

Nak cakap betapa skemanya aku ni, haaa dulu aku tak ada seluar jeans. So pergi kelas pakai seluar slack je hari2. Hari2 k hari2. Seluar slack dengan t-shirt berkolar. Tuck in ? Setiap masa kot ! Aku tengok orang lain sikit punya style dia punya dress up pergi kelas. Kalah model2 yang dok catwalk kat Project Runway tu. K tak lawak. Kalau setiap hari isnin pulak kena pakai formal, so aku pakai fullset formal, sekali dengan tie ikat ketat kat leher nih macam dah tercekik biji durian dah. Padahal aku tengok senior2 time tu tak ada la nak ikut sangat peraturan tu pun. Biasalah adik junior baru nak belajar. Adik sangat. Sebab tu skema. Ehehe. Gedik kau, perasan comel lettew.


Gambar ni aku tak pasti la sama ada di ambil time awal2 sem or dah dekat2 nak habis. Gambar kenangan. Time ni aku masuk  group ECD1Me. Group M lah maknanya tu. Keseluruhan ada 18 group dalam kos aku. Dari A sampai R. So aku group M. Sem seterusnya ? Aku tukar group. Saja nak tukar2 angin. Huhu.

Kalau nak diikutkan dulu aku ni memang pemalu gila. Aku tak akan tegur orang tu selagi orang tak tegur aku. Kah3. Riak kan aku ? Tunggu nak kena panah kilat je. Ok bukannya sombong eh. Siapa yang cakap sombong tu mai sini aku nak tenyeh belancan dekat bibir tu bagi jadi besar macam bibir Angelina Jolie. Nak ?

Ada beberapa orang jugak ex-schoolmate aku yang dapat UiTM Arau ni. So time Minggu Destini Siswa (MDS), aku memang follow diorang je. Sebab tak berani nak tegur orang lain punya pasal. Tapi itu time MDS je lah. Bila dah start kuliah tak boleh la nak ikut diorang lagi. Sebab lain2 kos. Nak tak nak memang kena biasakan diri jugak la dengan orang lain kan. After MDS la yang aku mula rapat dengan muka2 yang di dalam gambar kat atas tu haa. Huhu :D

Tapi tu dulu la. Pemalu kononnya. Sekarang ? Yes aku rasa ada lagi sikap pemalu tu. Tak boleh buang. Tak boleh nak buat apa dah. Tapi kurang la sikit kot. Tak ada la riak lahanat sampai tak nak tegur orang langsung macam dulu. Mungkin ada yang kata aku sombong. Yang tu yang tak kenal rapat dengan aku. Kalau dah kenal rapat aku boleh jadi gila tahu ! Haha.

I learn from everything that I went through everyday. Sem 1 aku belajar untuk tidak menjadi malu, bertegur dengan orang. Kira ok la tu kan.. First step to become a successful engineer kononnya. Giteewww. Haha

Okay that's it I guess :D

See you around.
Till then. Assalamualaikum.


Positive Vibe.

Assalamualaikum.

Cakap pasal "Be Positive" ni, ramai yang kata susah. Ye lah. Mana tak  nya, dalam kehidupan sekeliling kita sekarang ni memang banyak benda2 negatif yang pengaruh kita untuk jadi negatif juga. Dan minda kita ni memang mudah sangat terpengaruh dengan benda2 yang negatif. 

Bagi aku berfikiran positif ni satu elemen penting yang perlu ada dalam setiap orang itu kerana ia adalah salah satu kunci untuk kejayaan. Kalau kita nak berjaya, kena lah selalu berfikir ke arah positif. Kalau tak positif macam mana nak keep moving forward ? Kan ? Dan lagi satu, kalau kita terus berfikir positif, InsyaAllah benda positif lah yang akan datang dekat kita.


So entri kali ni just nak kongsi sikit tips macam mana nak stay positive.


1. Jangan membayangkan sesuatu yang negatif. Okay yang ini penting, sebab kebiasaannya kita ni memang suka membayangkan sesuatu yang negatif sebelum terjadi apa apa lagi. Kalau boleh elakkan fikiran yang macam ini. Sebagai contoh, kalau kita ingin mengambil peluang untuk menceburi bidang perniagaan, jangan sesekali fikir macam ini, "Alaaa. Nanti buat bisnes ni untung ke ?" "Macam tak dapat sambutan je."    "Nanti kalau rugi macam mana ?" Fikiran fikiran yang macam ini lah yang akan menyebabkan kita rugi di akhirnya. Belum apa apa lagi dah fikir pasal rugi. Cuba ubah mindset itu kepada yang lebih positif, seperti, "Ya, aku yakin bisnes aku ni akan berjaya." "Nanti kalau untung boleh la upgrade lagi bisnes ni." InsyaAllah yang positif tu lah yang akan berlaku.

2. Hindari kawan yang sentiasa menyokong kita walaupun ketika kita berfikiran negatif /bersangka buruk. Kawan2  yang macam ni memang seeloknya kita jauhkan. Ye lah, kita dah bersangka buruk, tapi dia menyokong pulak. Sepatutnya dia melakukan yang sebaliknya, menyokong terhadap yang positif. Dalam kes ni, anda dinasihatkan supaya mencari kawan yang berfikiran positif, kerana dengan secara tak langsung kita juga dapat rasa dia punya positive vibe tu dan impak nya akan kena dekat kita juga.

3. Jangan mendengar perkara-perkara yang negatif. Baca dan dengar perkara positif setiap hari. Persekitaran itu penting. Kalau persekitaran sekeliling kita penuh dengan aura negatif sahaja, tak mustahil kita juga terikut ikut dengan aura tersebut. Kalau boleh elak kan dari persekitaran yang negatif, elak dari mendengar, melihat, dan menyebut perkara yang negatif. 

4. Biasakan berkawan dengan orang-orang yang positif. Macam yang saya cakap tadi, bila kita berkawan dengan orang orang yang positif ni, kita akan dapat dia punya aura positif atau positive vibe dia tu. Secara tak langsung, kita juga dapat membentuk fikiran yang positif. Let's say, kita berkawan dengan orang orang yang berfikiran negatif, kalau berbual mesti nak ada je negative vibe, nak tak nak kita kena dengar jugak, sebab dah berkawan. So dalam kes ni, kita boleh diam kan diri je. Mungkin mereka akan anggap kita sombong, tapi lebih baik kita diam dari masuk ke dalam negative vibe diorang tu. Kan ? 

5. Orang yang berjaya adalah orang yang berfikiran positif. Always keep this in mind. Trust me, memang ramai di antara orang orang yang berjaya adalah mereka yang berfikiran positif. Mereka ni memang suka berfikir ke arah yang positif. Ingat tak aku ada sebut awal2 tadi, fikiran yang positif ni salah satu kunci untuk kejayaan. Kalau kita nak jadi macam mereka, kita kena la berfikir positif. Dan kalau boleh kita cuba dekat kan diri dengan golongan2 ni. InsyaAllah kita akan dapat manfaatnya.

6. Kita bukannya satu-satunya manusia yang gagal dalam dunia. Bila kita gagal, cuba kita fikir "Mungkin ada yang lagi teruk dari aku. Ini adalah satu ujian dari Allah. Aku tak boleh give up. Mungkin Allah dah sediakan sesuatu yang lebih baik dari aku". See ? Think positive. Reverse balik situasi tu. Kita kena ambil iktibar dari kegagalan tersebut, dan anggap bahawa itu adalah ujian dari Allah, dan Dia telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Allah sayangkan kita. Macam tu lah.

     Ini just sedikit sebanyak pendapat aku tentang benda ni lah. Ye lah, dalam hidup kita ni memang banyak sangat perkara yang boleh buat kita rasa down dan stress. Tipulah kalau korang kata tak pernah rasa down kan. Tapi macam ini lah namanya hidup. Allah dah tentukan semua yang terbaik untuk kita. Kita tak boleh nak give up. Fikir positif ni boleh bantu kita untuk hilangkan semua rasa stress tu.  

     Aku banyak ambil nasihat kakak aku sendiri. Dia selalu nasihatkan aku selalu jadi positif. Dia ni walaupun stress ke, ada masalah ke, memang aku tak boleh nampak. Sebab apa ? Sebab dia selalu senyum. Dia suka fikir positif. Jarang nampak dia down ke stress ke. Jarang sangat. Tengok dia pon kita rasa happy.

    Well then I give it a try. It's not that hard. Dan bila kita fikir positif ni memang kita akan rasa happy ja. Macam tak ada masalah langsung dalam hidup ni. Everything yang berlaku aku anggap ada hikmah disebaliknya. Huhu.

I suggest you should try it too. So that you can be happy like me :D




That's it I guess. See you around.

Till then. Assalamualaikum.


Friday 26 April 2013

Gwiyomi ?

Gwiyomi. Apa itu gwiyomi ? Ada apa dengan gwiyomi ni ?

Well, tiba2 terfikir nak buat entri ni bukan apa, sebab dia dah jadi macam satu trend yang even artis2 Malaysia pun buat jugak. Alaa... Macam dulu Gangnam Style, then Harlem Shake, sekarang gwiyomi la pulak -.-

Menurut En. Wikipedia, Gwiyomi ni slang orang korea or senang cakap, bahasa korea lah, yang bermaksud comel. Dan lagu gwiyomi ni pulak "The Gwiyomi Song" yang bermaksud The Cutie Song, adalah lagu solo k-pop oleh penyanyi Hari dari Korea Selatan. Gerakan atau isyarat tangan yang dilakukan bersama sama dengan lagu tu pula diilhamkan oleh rapper dari salah satu kumpulan k-pop yang terkenal, BtoB; iaitu Ilhoon.



Setelah lagu Gwiyomi dilancarkan, dan pergerakan tersebut diperkenalkan, banyak video2 parody dibuat oleh kpoppers dari korea dan ramai juga artis2 k-pop yang lain seperti Girl's Generation yang buat aksi gwiyomi ni dan seterusnya menular terus ke seluruh Asia, termasuklah Malaysia.

Dan sekarang dah ada macam2 version dah gwiyomi sekarang ni. Kat Malaysia, antara artis yang terikut nak buat aksi gwiyomi ni termasuklah Wawa Zainal, Nora Danish, Nazim Othman,  Hairul Azreen, Elfira Loy, dan Joey (yang setakat aku tahu la).
Yang lain ? Haaa masing2 ada version yang tersendiri. Ada juga version yang macam haram jadah, mintak penyepak, mintak pelempang semua. Macam yang kat bawah ni. Haha. Ada banyak lagi version lain. Search je kat youtube, bersepah keluar. 






Gangnam Style > Harlem Shake > Gwiyomi 
Lepas ni apa pulak la kan. Haihh.. Dunia2.

See you in the next post. Till then. Assalamualaikum :)


Monday 22 April 2013

Berhabuk !

ASSALAMUALAIKUM.


Pergghh. Memang dah berhabuk teruk dah blog ni. Berkurun tak update. Haha

Tiba tiba rasa rindu pulak nak meng'update' blog. Dan rasa rindu nak meng'decorate' blog ni kasi cantik2. Haaa. Tangan dah mula rasa gatal nak main photoshop ni. Nak renovate lain blog ni. Hew hew.

Kenapa lama tak update ? 
Satu persoalan yang aku sendiri tak reti nak jawab. Haha.
Mungkin sebab sangat busy dengan study. Student engineering katakan. Haha.. Lagipun tak idea sangat nak update tentang apa. 
So sekarang ni my Diploma in Civil Engineering has ended. Baru je habis pun. Gembiranya memang tak terkata kata. Hanya Tuhan saja tahu betapa lega nya semua ni dah berakhir. Huhu.

But as much as I'm happy that all this thing has ended, but at the same time I felt empty and lonely again. Ye lahh.. Kat UiTM sana ada kawan kawan., boleh bersembang, boleh berlawak, boleh pergi jalan2, and macam2 lagi. So bila dah balik rumah, rasa sunyi tanpa kawan2. Memang la family ada. Cuma nak hangout dengan kawan tu dah tak ada.

Seriously, I can say that I miss my friends so much. Baru seminggu je balik sini, dah rasa rindu gila. >,<
Tiga tahun kat UiTM Arau tu, memang banyak kenangan dan memori bersama. 


"Too many memories. Too many experiences. Too many things happened. All that laugh together. All that tears we share. We went through it all together. We raised each other."

Mana tak rindu. Huhu.

So cuti ni plan nya mesti la nak cari kerja. Hilang kan boring. Boleh jugak kumpul duit. Sedikit sebanyak boleh la jugak tampung my expenses for study untuk Degree nanti. InsyaAllah ! :D

Banyak pulak membebel kann. Ok laahh mungkin lepas ni tengah cuti and ada masa untuk melayan blog ni lagi. Mungkin aku akan post balik gambar2 kenangan dengan kawan2 sepanjang 3 tahun kat UiTM ni. Huhu.

Till then. See ya. ;D 
Assalamualaikum.