Sunday, 28 April 2013

[RECAP] Semester 1 = SKEMA !

Kalau nak di ingat balik semester pertama aku dekat UiTM Arau memang aku sangat skema. Serious aku cakap. Muka masa tu, tak payah cakap ah, memang innocent gila. Jumpa abam2 senior pun tunduk bagi salam lagi. Bagus kan ? K perasan. 

Nak cakap betapa skemanya aku ni, haaa dulu aku tak ada seluar jeans. So pergi kelas pakai seluar slack je hari2. Hari2 k hari2. Seluar slack dengan t-shirt berkolar. Tuck in ? Setiap masa kot ! Aku tengok orang lain sikit punya style dia punya dress up pergi kelas. Kalah model2 yang dok catwalk kat Project Runway tu. K tak lawak. Kalau setiap hari isnin pulak kena pakai formal, so aku pakai fullset formal, sekali dengan tie ikat ketat kat leher nih macam dah tercekik biji durian dah. Padahal aku tengok senior2 time tu tak ada la nak ikut sangat peraturan tu pun. Biasalah adik junior baru nak belajar. Adik sangat. Sebab tu skema. Ehehe. Gedik kau, perasan comel lettew.


Gambar ni aku tak pasti la sama ada di ambil time awal2 sem or dah dekat2 nak habis. Gambar kenangan. Time ni aku masuk  group ECD1Me. Group M lah maknanya tu. Keseluruhan ada 18 group dalam kos aku. Dari A sampai R. So aku group M. Sem seterusnya ? Aku tukar group. Saja nak tukar2 angin. Huhu.

Kalau nak diikutkan dulu aku ni memang pemalu gila. Aku tak akan tegur orang tu selagi orang tak tegur aku. Kah3. Riak kan aku ? Tunggu nak kena panah kilat je. Ok bukannya sombong eh. Siapa yang cakap sombong tu mai sini aku nak tenyeh belancan dekat bibir tu bagi jadi besar macam bibir Angelina Jolie. Nak ?

Ada beberapa orang jugak ex-schoolmate aku yang dapat UiTM Arau ni. So time Minggu Destini Siswa (MDS), aku memang follow diorang je. Sebab tak berani nak tegur orang lain punya pasal. Tapi itu time MDS je lah. Bila dah start kuliah tak boleh la nak ikut diorang lagi. Sebab lain2 kos. Nak tak nak memang kena biasakan diri jugak la dengan orang lain kan. After MDS la yang aku mula rapat dengan muka2 yang di dalam gambar kat atas tu haa. Huhu :D

Tapi tu dulu la. Pemalu kononnya. Sekarang ? Yes aku rasa ada lagi sikap pemalu tu. Tak boleh buang. Tak boleh nak buat apa dah. Tapi kurang la sikit kot. Tak ada la riak lahanat sampai tak nak tegur orang langsung macam dulu. Mungkin ada yang kata aku sombong. Yang tu yang tak kenal rapat dengan aku. Kalau dah kenal rapat aku boleh jadi gila tahu ! Haha.

I learn from everything that I went through everyday. Sem 1 aku belajar untuk tidak menjadi malu, bertegur dengan orang. Kira ok la tu kan.. First step to become a successful engineer kononnya. Giteewww. Haha

Okay that's it I guess :D

See you around.
Till then. Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment