Tuesday 8 October 2013

Kerja oh Kerja !

ASSALAMUALAIKUM

Soalan yang paling femes yang akan ditanya bila seseorang tu dah tamat diploma : 


"Apa plan kau lepas ni ?"

Lalu si polan si polan pun menjawab :

    Si Polan A : "Awek aku dah tunggu lama dah wey. Apa lagi nak kahwin arr."

    Si Polan B : "Mesti la nak cari kerja beb. Cari duit."

    Si Polan C : "Mesti ar nak sambung Degree. Pastu sambung Master pulak. Then 
                      PhD lagi."

Kemain si polan C, tinggi sangat cita cita kann. Haha. Yang si polan A tu agak gatai. Tapi hakikatnya memang kebanyakan yang plan nak kahwin pun. Lepastu memacam la sinetron, samarinda, akasia, and drama2 lain yang berlaku pada masa tu. Family tak restu la, cinta terpaksa la, mentua jahat la, mati terbakar la, masalah duit la, cinta sejenis la. Eh ? K. Yang penting kalau ada jodoh tak kemana. Jangan nak berdrama sangat. 

Aku pulak ? Mesti la nak sambung degree. Sebab aku ni jenis yang suka belajar dan cepat mempelajari. Wah wah ada berbaur takbur disitu. Tapi memang betul pun. Aku suka dengan suasana belajar (even though dalam lecture pun kenkadang mengantuk jugak. heee). Kalau boleh seumur hidup nak belajar je. Taknak kerja. Haha. Lebih lebih pulak kan kau ni azam. Habis tu sapa nak support hidup kau tu kalau kau taknak kerja ? -.-"

So selepas lebih kurang sebulan menggolek golek, mengguling guling, pusing pusing, memalaskan diri dirumah lepas habis diploma, baru lah spirit nak cari kerja tu datang. Gila sangat tak produktif ok setiap hari aku. Aku dah serik. Target aku yang first sekali nak cari dekat Jefferson di Pacific. Sebab dekat alor setar, butik tu je yang aku rasa best, lagipun aku suka lipat2 baju, susun baju, pakaikan baju kat mannequin segala and boleh gak golek2 dengan baju2 kat situ kan. Motif ? Bahaha.

*Sampai dekat Jefferson*
 Perbualan dengan akak cashier :


   Aku : "Assalamualaikum kak, ada kerja kosong tak kat sini ?"
   Akak cashier : "Oh sori dik, kami sekarang cari pekerja perempuan je, sebab lelaki 

                         dah ramai."

Omaigod, omaigod, takleh jadi ni, takleh jadi ni, nak je aku capai memana rambut palsu kat kedai sebelah, takpun beli tudung, pakai, then try tanya akak tu balik. Kecewa ok kecewa. Aku pon buat muka sedih, pastu tanya lagi :


   Aku : "Alaa alaa ala. Boleh la kak, boleh la kak, saya sorang je pun. Tak kan akak 

            taknak amek lelaki yang sehensem saya ni ? *duckface*"
   Akak cashier : *gelak sekuat hati sambil hehentak tangan kat meja kaunter*

Riak ok riak. Siap buat duckface tu yang takleh blah. Yang akak cashier tu pun satu hal, gelak siap nak hehentak tangan lagi. Biadap k biadap. Nak je aku hentak muka dia dengan meja kaunter kat situ. Berderai seribu muka tu baru kau tahu padahnya gelakkan aku. Lepas dia insist yang dia taknak ambil aku kerja, terus blah, kang memacam benda aku rasa nak capai pergi baling kat dia. Geram. K.


Nak dipendekkan cerita, banyak jugak tempat aku menjelajah pergi cari kerja ni. Pasal gaji aku tak kisah sangat. Setakat 6 7 ratus tu boleh la kan. Sape je aku nak tanggung pon. Aku, and mama aku. Yang jadi hal bila ramai yang kata "Ok takpa, nanti bila ada kosong kami panggil ok ?" tapi tunggu punya tunggu tak ada yang call jugak. 

Final straw aku adalah kat stesen minyak Petron. One of my cousin suggest pergi mintak kat sana. Masa tu Petron masih lagi dalam proses renovation, tukar dari Esso ke Petron. So agak ada harapan dekat situ sebab mestilah diorang nak pakai orang baru. Dengan berbekalkan hati yang cekal dan tabah. Maka pergi lah aku meraih simpati agar dapat diambil bekerja. 


2 minggu lepas tu baru lah dapat call dari tauke Petron suruh datang jumpa. Yeah, finally. So dapat lah kerja sebagai pump attendance, dan juga cashier tatkala emergency. Haha. Boleh la jugak support diri aku and my mama for temporary. 

Kerja dekat sini, memang berbagai ragam manusia kau akan jumpa. Itu pun nasib baik aku jadi pump attendance je, suruh pergi bayar dekat kaunter, then tolong isikan minyak kat diorang. Tu je. Kalau jadi cashier memang memacam la customer akan membebel dekat kau. Lambat lah apa lahh. Fuhhh, memang tak la aku nak melayan semua tuhh. Sebab tu aku jadi cashier ganti je, time cashier nak makan or rehat, aku ganti la kejap. 

Syukur sebab sepanjang aku kerja, jarang berlaku masalah masalah besar sepeti customer mengamuk dan bertindak meletupkan stesen minyak atau sebagainya. ALHAMDULILLAH.

That's all for this entry. Thanks for reading ! See you again next time :)

p/s : tak sabar tunggu result kemasukan degree nanti ! :D

No comments:

Post a Comment