Sunday 28 April 2013

Positive Vibe.

Assalamualaikum.

Cakap pasal "Be Positive" ni, ramai yang kata susah. Ye lah. Mana tak  nya, dalam kehidupan sekeliling kita sekarang ni memang banyak benda2 negatif yang pengaruh kita untuk jadi negatif juga. Dan minda kita ni memang mudah sangat terpengaruh dengan benda2 yang negatif. 

Bagi aku berfikiran positif ni satu elemen penting yang perlu ada dalam setiap orang itu kerana ia adalah salah satu kunci untuk kejayaan. Kalau kita nak berjaya, kena lah selalu berfikir ke arah positif. Kalau tak positif macam mana nak keep moving forward ? Kan ? Dan lagi satu, kalau kita terus berfikir positif, InsyaAllah benda positif lah yang akan datang dekat kita.


So entri kali ni just nak kongsi sikit tips macam mana nak stay positive.


1. Jangan membayangkan sesuatu yang negatif. Okay yang ini penting, sebab kebiasaannya kita ni memang suka membayangkan sesuatu yang negatif sebelum terjadi apa apa lagi. Kalau boleh elakkan fikiran yang macam ini. Sebagai contoh, kalau kita ingin mengambil peluang untuk menceburi bidang perniagaan, jangan sesekali fikir macam ini, "Alaaa. Nanti buat bisnes ni untung ke ?" "Macam tak dapat sambutan je."    "Nanti kalau rugi macam mana ?" Fikiran fikiran yang macam ini lah yang akan menyebabkan kita rugi di akhirnya. Belum apa apa lagi dah fikir pasal rugi. Cuba ubah mindset itu kepada yang lebih positif, seperti, "Ya, aku yakin bisnes aku ni akan berjaya." "Nanti kalau untung boleh la upgrade lagi bisnes ni." InsyaAllah yang positif tu lah yang akan berlaku.

2. Hindari kawan yang sentiasa menyokong kita walaupun ketika kita berfikiran negatif /bersangka buruk. Kawan2  yang macam ni memang seeloknya kita jauhkan. Ye lah, kita dah bersangka buruk, tapi dia menyokong pulak. Sepatutnya dia melakukan yang sebaliknya, menyokong terhadap yang positif. Dalam kes ni, anda dinasihatkan supaya mencari kawan yang berfikiran positif, kerana dengan secara tak langsung kita juga dapat rasa dia punya positive vibe tu dan impak nya akan kena dekat kita juga.

3. Jangan mendengar perkara-perkara yang negatif. Baca dan dengar perkara positif setiap hari. Persekitaran itu penting. Kalau persekitaran sekeliling kita penuh dengan aura negatif sahaja, tak mustahil kita juga terikut ikut dengan aura tersebut. Kalau boleh elak kan dari persekitaran yang negatif, elak dari mendengar, melihat, dan menyebut perkara yang negatif. 

4. Biasakan berkawan dengan orang-orang yang positif. Macam yang saya cakap tadi, bila kita berkawan dengan orang orang yang positif ni, kita akan dapat dia punya aura positif atau positive vibe dia tu. Secara tak langsung, kita juga dapat membentuk fikiran yang positif. Let's say, kita berkawan dengan orang orang yang berfikiran negatif, kalau berbual mesti nak ada je negative vibe, nak tak nak kita kena dengar jugak, sebab dah berkawan. So dalam kes ni, kita boleh diam kan diri je. Mungkin mereka akan anggap kita sombong, tapi lebih baik kita diam dari masuk ke dalam negative vibe diorang tu. Kan ? 

5. Orang yang berjaya adalah orang yang berfikiran positif. Always keep this in mind. Trust me, memang ramai di antara orang orang yang berjaya adalah mereka yang berfikiran positif. Mereka ni memang suka berfikir ke arah yang positif. Ingat tak aku ada sebut awal2 tadi, fikiran yang positif ni salah satu kunci untuk kejayaan. Kalau kita nak jadi macam mereka, kita kena la berfikir positif. Dan kalau boleh kita cuba dekat kan diri dengan golongan2 ni. InsyaAllah kita akan dapat manfaatnya.

6. Kita bukannya satu-satunya manusia yang gagal dalam dunia. Bila kita gagal, cuba kita fikir "Mungkin ada yang lagi teruk dari aku. Ini adalah satu ujian dari Allah. Aku tak boleh give up. Mungkin Allah dah sediakan sesuatu yang lebih baik dari aku". See ? Think positive. Reverse balik situasi tu. Kita kena ambil iktibar dari kegagalan tersebut, dan anggap bahawa itu adalah ujian dari Allah, dan Dia telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Allah sayangkan kita. Macam tu lah.

     Ini just sedikit sebanyak pendapat aku tentang benda ni lah. Ye lah, dalam hidup kita ni memang banyak sangat perkara yang boleh buat kita rasa down dan stress. Tipulah kalau korang kata tak pernah rasa down kan. Tapi macam ini lah namanya hidup. Allah dah tentukan semua yang terbaik untuk kita. Kita tak boleh nak give up. Fikir positif ni boleh bantu kita untuk hilangkan semua rasa stress tu.  

     Aku banyak ambil nasihat kakak aku sendiri. Dia selalu nasihatkan aku selalu jadi positif. Dia ni walaupun stress ke, ada masalah ke, memang aku tak boleh nampak. Sebab apa ? Sebab dia selalu senyum. Dia suka fikir positif. Jarang nampak dia down ke stress ke. Jarang sangat. Tengok dia pon kita rasa happy.

    Well then I give it a try. It's not that hard. Dan bila kita fikir positif ni memang kita akan rasa happy ja. Macam tak ada masalah langsung dalam hidup ni. Everything yang berlaku aku anggap ada hikmah disebaliknya. Huhu.

I suggest you should try it too. So that you can be happy like me :D




That's it I guess. See you around.

Till then. Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment