Sunday 28 April 2013

[RECAP] First Hangout to Kangar.



Semester 2. Aku beralih arah, aku tukar group. K skema gila ayat. Aku masuk group D. Time ni aku kenal Adi, Muiz, dan Wan. Diorang la yang convince aku untuk tukar group. Mungkin sebab dah boleh ngam dengan diorang ni kot. Haha. 

Yang paling penting, time ni aku dah tak skema sangat dah ! Haha. Pergi kelas takde nak pakai seluar slack hari2 dah. Gila kau nak kena cop skema lagi ? Dah semester 2 kot. Berlagak senior macam dah 8 semester kat situ. K tak lawak. Tuck in pun tak setiap masa dah. Kenkadang hari isnin pakai formal tapi tak pakai tie. Pakguard usha tak puas hati je. Macam nampak satu makhluk lahanat cenggitu. Lantak kau la pakguard. Kalau dia sound aku, aku sound dia balik ! *flip hair* Hah.. Samseng dak aku ? Okay yang ni tipu.


Dan dalam sem 2 jugak lah aku kenal Ain, Miza dan Diana. Sebab diorang ni group D jugak. First hangout kitorang ke Kangar. Lunch di Secret Recipe and lepas tu pergi main bowling. Time ni aku ingat lagi aku belanja Diana kek Chocolate Indulgence. Bukan main suka dia. Favorite dia la tu. Baik kan aku ? K puji diri sendiri.


Time ni Muiz tak ikut. Roomate aku, Tuan, ganti dia. Group D jugak.



Time ni la kitorang mengenali diri masing2 dengan lebih dekat. Cewaahh. Tak payah nak skema sangat ayat. Memang dah jadi satu geng dah kami time ni. Kemana mana pon always together giteeww. 



Ok that's it I guess. Kang bebel panjang2 annoying pulak korang kan.

See you around next time.



Till then. Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment