Friday 26 April 2013

Gwiyomi ?

Gwiyomi. Apa itu gwiyomi ? Ada apa dengan gwiyomi ni ?

Well, tiba2 terfikir nak buat entri ni bukan apa, sebab dia dah jadi macam satu trend yang even artis2 Malaysia pun buat jugak. Alaa... Macam dulu Gangnam Style, then Harlem Shake, sekarang gwiyomi la pulak -.-

Menurut En. Wikipedia, Gwiyomi ni slang orang korea or senang cakap, bahasa korea lah, yang bermaksud comel. Dan lagu gwiyomi ni pulak "The Gwiyomi Song" yang bermaksud The Cutie Song, adalah lagu solo k-pop oleh penyanyi Hari dari Korea Selatan. Gerakan atau isyarat tangan yang dilakukan bersama sama dengan lagu tu pula diilhamkan oleh rapper dari salah satu kumpulan k-pop yang terkenal, BtoB; iaitu Ilhoon.



Setelah lagu Gwiyomi dilancarkan, dan pergerakan tersebut diperkenalkan, banyak video2 parody dibuat oleh kpoppers dari korea dan ramai juga artis2 k-pop yang lain seperti Girl's Generation yang buat aksi gwiyomi ni dan seterusnya menular terus ke seluruh Asia, termasuklah Malaysia.

Dan sekarang dah ada macam2 version dah gwiyomi sekarang ni. Kat Malaysia, antara artis yang terikut nak buat aksi gwiyomi ni termasuklah Wawa Zainal, Nora Danish, Nazim Othman,  Hairul Azreen, Elfira Loy, dan Joey (yang setakat aku tahu la).
Yang lain ? Haaa masing2 ada version yang tersendiri. Ada juga version yang macam haram jadah, mintak penyepak, mintak pelempang semua. Macam yang kat bawah ni. Haha. Ada banyak lagi version lain. Search je kat youtube, bersepah keluar. 






Gangnam Style > Harlem Shake > Gwiyomi 
Lepas ni apa pulak la kan. Haihh.. Dunia2.

See you in the next post. Till then. Assalamualaikum :)


No comments:

Post a Comment