Tuesday 30 April 2013

Prank !

ASSALAMUALAIKUM.

Pada malam yang indah, tenang, sejuk dengan angin hujan sesepoi bahasa meniup ke arah muka aku, dingin, dan nyaman ini, hendak lah aku men'share' satu video dengan korang. Giteww. Novel sangat ayat kann. Novel pon kalah tahu. Kalau cikgu BM aku baca ni tak ke  satu penyepak yang dia bagi kat aku. Takde pulak aku pernah dengar perkataan sesepoi dengan men'share' tu kan. Suka suka hati nak buat perkataan sendiri. Pepandai je la kau faham.

Oleh kerana tak ada pekerjaan dirumah, hati ni meronta ronta nak mengupdate blog jugak. Gedik kan kau hati. Nak meronta ronta pulak kat aku. Ishh. Dah takde benda nak ditulis pon sebenarnya. Tapi oleh kerana tahap kegedikan yang sikit lagi nak mencapai tahap maksimum, aku gigihkan jugak la diri untuk update entri kali ni. Apa yang best tah la. Nak share satu video je pon. Bebel je pulak lebih kan. Gigih k gigih. 

Petang tadi, tengah aku  menggodek godek facebook melihat aksi aksi manusia di alam cyber yang fana dan takda faedah ni, terjumpa lah satu video ni pasal PRANK dari negara barat. Banyak je sebenarnya video lain yang orang share kat facebook tu. Tapi tak pernah tengok. Tetiba yang ni macam menarik je. So aku buka la. Since aku tak buat apa kat rumah kan, online je kerja aku, kalau tak dibuka facebook, buka twitter, tutup twitter, buka facebook balik, dan begitu lah seterusnya. Sedih dak kisah hidup aku ? *buat muka duckface mintak doposen sambil guling guling atas meja*. K kalau nak bunuh aku pon dah boleh dah ni. Mengada sangat kan. Kesah pulak kau. Kalau nak cerita kehidupan aku dekat rumah ni memang boleh menangis korang nanti, sebab tersangat laahhhhhh bosan. *long sigh*. Menangis sebab bosan ? Okay tak lawak.

So pasal video tadi, ni dia. Kalau rajin tengok la video ni. Eh kena rajin tengok jugak. Tak kira tak kira.


Aku tak tengok habis pun video ni. Tengok dua tiga orang je yang kena, then terus tutup. Habis keluar dah segala jenis fluid dalam badan aku ni sebab tergelak kaw2 punya sakan, segala hingus, air mata, peluh mak nenek semua keluar tahu. Tinggal tak tercirit sikit je lagi. Cerita nak over je kan. K.

Takpa. Pasal video ni. Nak cerita kerja orang barat cenggini la. Yang genius tu memang la buat something yang bermanfaat untuk kita kann. Tapi yang tak berapa nak genius tu ? Yang macam takde arah tuju dalam hidup tu ? Hah ni la yang diorang buat. Haha. Suka suka hati aku je nak ngutuk diorang kan. Pedulik la. 

Nak nak diorang ni kalau buat prank, memang hardcore gila. Takde nak bagi terkejut sikit sikit lemau lemau cekodok dah. Sekali buat memang terperanjat beruk orang tu, kalau beruk tengok dia pon serba salah nak mengaku beruk lagi ke tak. Lawak k lawak *gelak sensorang*. Macam video ni. Siapa yang tak terkejut kalau dalam lif sensorang dengan keranda tetiba mayat tu boleh bergerak ? Maw dia terkinja kinja tercirit hijau bersepah sepah kat dalam lif tu, terus mati. Hah. Sapa susah ? Sapa nak bertanggungjawab ? Sebab tu aku cakap prank diorang ni hardcore. Sampai ada yang menangis lagi tu. Kesian jugak kat diorang ni. Dah tak pasal pasal trauma nak naik lif. 



Agak agak kat Malaysia ada tak prank yang macam ni eh ? Atau yang lagi teruk ? Kalau ada mohon share. Aku ni bukan rajin sangat nak search search benda merepek segala tu. Ni pon sebab ada member yang share kat facebook. Haha.

Ok cukup dah merepek. Sapa yang annoying tengok aku merepek sensorang ni boleh pergi sekarang. Dah habis dah. Sorry kalau bahasa yang digunakan tak menyenangkan hati anda k. Hahaha.

See you around again. Assalamualaikum.

*Tengah dok syok syok hadap laptop untuk update entri ni kan, tetiba ada nyamuk hinggap masuk terus masuk lobang hidung aku. Biadap punya nyamuk. Suka suka hati hengkau nak masuk tanpa keizinan aku kan. Motif aku bagitahu benda ni ?! Kbai.*

1 comment:

  1. hahaha. tercirit aku baca. cool story bro.

    ReplyDelete